Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, October 30, 2014

No Comment


KUALA LUMPUR – Lapan pelajar MRSM Balik Pulau, Pulau Pinang telah digantung persekolahan serta merta setelah terlibbat dalam kes pukul seorang pelajar tingkatan dua pada 22 Oktober lalu.

Menurut Ketua Pengarah Pendidikan MARA, Azmi Mohamad, pelajar-pelajar yang terbabit juga boleh dikenakan tindakan buang sekolah jika didapati bersalah.

Perkara ini akan disiasat secara rapi dan terperinci dengan mengambil keterangan semua pihak. Sebarang tindakan akan diputuskan melalui mesyuarat Jawatankuasa Disiplin MRSM,” katanya memetik dalam satu laporan oleh BERNAMA.

Pelajar-pelajar yang terbabit telah ditahan oleh polis di sekolah dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya sambil diiringi oleh guru mereka untuk membantu siasatan.

Pelajar yang dipukul pula kini telah mendapat rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang tetapi masih belum ada sebarang laporan rasmi dari doktor mengenai kondisi pelajar berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan insiden itu bermula setelah mangsa dituduh mengambil telefon Samsung Note 3 milik salah seorang dari lapan pelajar terbabit.

Mangsa dilaporkan dicederakan menggunakan seterika panas di kedua-dua bahu selain tubuhnya dipijak oleh pelajar-pelajar yang memukulnya. - SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment