Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, October 26, 2014

No Comment


PARIS 25 Okt. – Umat Islam kini mampu mengesan unsur babi dalam makanan, kosmetik dan ubat-ubatan hanya dalam masa beberapa minit menerusi pengenalan kit ‘HalalTest’ keluaran dua usahawan Perancis.

Kit yang menyamai kaedah ujian kehamilan itu dilengkapi dengan dua tabung uji kecil, yang membolehkan sampel makanan dicampurkan dengan air suam sebelum sebatang kayu ujian dimasukkan ke dalam air berkenaan.

Dalam tempoh hanya beberapa minit, keputusan akan tertera pada kayu ujian. Satu garisan bermaksud sampel tiada unsur babi, manakala dua garisan bermakna terdapat unsur babi pada sampel tersebut.

Jean-Francois Julien dan Abderrahmane Chaoui mendapat idea menghasilkan HalalTest semasa berada di universiti dua tahun lalu.

Syarikat pengeluar, Capital Biotech menyatakan, tiada kit ujian lain membolehkan pengguna mengesan elemen babi dengan lebih mudah dan cepat berbanding HalalTest dengan ketepatan 99 peratus dan pada harga 6.90 euro (RM28.67).

Sejak dilancarkan Rabu lalu, mereka menerima tempahan awal sebanyak 10,000 kit ujian HalalTest dalam tempoh 24 jam. – REUTERS / Utusan

0 comments:

Post a Comment