Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, October 30, 2014

No Comment


Kota Kinabalu – Hajat seorang lelaki warga asing untuk menghirup segelas Milo terbantut apabila ditikam dengan gunting oleh individu tidak dikenali dalam kejadian di sebuah restoran di Api-Api Centre, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.50 petang, mangsa yang tidak dikenali berusia 50-an, cedera di belakang badan sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk mendapatkan rawatan.

Difahamkan, mangsa yang minum seorang diri dengan berpakaian jubah dan berserban dikatakan baru memesan minuman panas di restoran berkenaan sementara menunggu azan Maghrib.

Ketika menunggu pesanan air tiba, salah seorang pelayan terdengar bunyi kerusi jatuh sebelum meninjau ke arah ruang makan.

Pelayan terbabit terkejut melihat mangsa terduduk di atas lantai dalam keadaan belakang jubahnya berlumuran darah.

Pada masa sama, individu yang menikam mangsa dipercayai sudah melarikan diri.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. – myMetro Online

0 comments:

Post a Comment