Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, October 31, 2014

No Comment


PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata kesamarataan mutlak antara lelaki dan wanita adalah "idea yang bodoh" kerana perbezaan yang wujud antara mereka.

"Hari ini, Islam berhadapan dengan idea bahawa lelaki dan wanita harus sama.

"Terdapat perbezaan antara lelaki dan perempuan, dari segi fizikal dan mental, jadi ia adalah satu  idea yang bodoh untuk mencadangkan bahawa semua wanita melakukan apa yang lelaki lakukan dan semua lelaki melakukan apa yang wanita lakukan," katanya kepada hadirin pada Forum Islam Antarabangsa di sini pada hari Jumaat .

Dr. Mahathir berkata orang muslim perlu bersedia untuk mempertahankan pendirian bahawa kesamarataan mutlak antara jantina tidak wujud.

"Mungkin akan ada kesamarataan apabila ianya berkisar tentang menjadi Perdana Menteri, tetapi tidak dalam perkara-perkara lain," katanya.

Dr. Mahathir berkata tidak ada sebarang undang-undang yang menghalang wanita dari menjadi Perdana Menteri. - SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment