Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, October 27, 2014

No Comment

JOHANNESBURG – Kapten skuad bola sepak Afrika Selatan, Senzo Meyiwa mati ditembak, awal pagi ini, menurut polis negara berkenaan.

Insiden itu dilaporkan berlaku di kediaman teman wanita Meyiwa di Vosloorus, selatan ke Johannesburg.

Penjaga gol berusia 27 tahun itu beraksi untuk kelab Orlando Pirates dan bermain untuk pasukan kebangsaan dalam empat perlawanan terakhir kelayakan Piala Negara-negara Afrika.

Sabtu lalu, dia beraksi untuk kelab itu apabila mereka berjaya layak ke separuh akhir Piala Liga Afrika Selatan.

Dalam satu kenyataan, Perkhidmatan Polis Afrika Selatan berkata dua lelaki memecah masuk ke dalam rumah manakala lelaki ketiga pula berkawal di luar.

Ketiga-tiga lelaki itu kemudian melarikan diri selepas tembakan dan media tempatan melaporkan ia satu usaha untuk merompak.

Meyiwa disahkan meninggal dunia apabila tiba di hospital.

Dia mula mewakili Orlando Pirates yang berpangkalan di Parktown di daerah Johannesburg pada 2005. – BBC

0 comments:

Post a Comment