Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, October 27, 2014

No Comment

JAKARTA – Presiden Indonesia yang baharu, Joko Widodo memperkenalkan Kabinetnya semalam termasuk menteri luar wanita pertama di negara itu selepas berlaku kelewatan disebabkan beberapa calon ditolak oleh pihak berkuasa antirasuah.

Portfolio utama termasuk Retno Marsudi sebagai Menteri Luar, Bambang Brodjonegoro sebagai Menteri Kewangan dan Sofyan Djalil yang dipilih untuk memegang jawatan Menteri Kanan Ekonomi.

Kabinet Joko yang lebih popular dengan panggilan Jokowi disertai oleh lapan wanita sekali gus lebih ramai berbanding pelantikan sebelum ini.

Kabinet 34 anggota itu pada dasarnya disertai golongan profesional dan ahli politik susulan ikrar Jokowi untuk mengimbangi antara melantik individu terbaik dalam bidang masing-masing dan tekanan supaya memberikan ganjaran kepada parti politik yang menyokongnya pada pilihan raya Julai lalu.

Barisan menteri berkenaan bertanggungjawab membantu Jokowi melakukan pembaharuan yang diperlukan untuk meningkatkan ekonomi Indonesia di samping membantu golongan paling miskin di negara itu.

Pengumuman rasmi mengenainya dijangka dibuat seawal Selasa lalu, sehari selepas Jokowi mengangkat sumpah sebagai Presiden Indonesia tetapi beliau sebaliknya memilih untuk meminta Suruhanjaya Membasmi Rasuah (KPK) supaya menyaring senarai calon Kabinet baharu tersebut.

“Kami mahu pemimpin yang dipilih bersih (daripada rasuah), justeru, kami merujuk kepada KPK,” kata Widodo.

Presiden baharu Indonesia itu cuba mengelak kesilapan yang dilakukan pemimpin sebelum ini, Susilo Bambang Yudhoyono yang pentadbirannya dicemari banyak skandal rasuah sekali gus mencemarkan nama pemerintah. – AFP

0 comments:

Post a Comment