Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, December 25, 2012

No Comment
Zizan Sertai Demo Mahu Mazidul Minta Maaf?


Tiada angin tiada ribut, nama pelakon dan pengacara lelaki, Zizan Razak dikaitkan dalam satu kejadian petang semalam.
Zizan dikatakan telah terlibat dalam demonstrasi bersama-sama 200 penunggang motorsikal berkuasa tinggi di hadapan bangunan Sri Pentas Media Prima.
Benarkah?
Bulan lalu, kecoh dengan kisah pengacara lelaki, Mazidul Akmal Sidek yang telah menipu penonton-penonton rancangan Majalah Tiga untuk isu kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).
Mazidul dikatakan menipu dengan tidak mengatakan rakaman yang disiarkan ketika rancangan itu bersiaran hanyalah lakonan semata-mata.
Tindakan Mazidul itu telah membuatkan penonton-penonton rancangan itu percaya yang kelibat dua penunggang motorsikal berkuasa tinggi sengaja melanggar undang-undang negara iaitu membonceng motorsikal dengan kadar had laju yang membahayakan.
Selain itu, kata-kata yang digunakan oleh Mazidul juga menunjukkan penunggang motorsikal tersebut tidak ‘makan saman’ dengan kamera AES yang dipasang di lebuh raya itu.
Kiranya, mereka tidak takut dengan saman yang akan dikeluarkan.
Jadi, ramai penunggang motorsikal berkuasa tinggi telah berkecil hati dengan kenyataan yang dibuat oleh Mazidul dan secara tidak langsung telah membuatkan imej kumpulan penunggang motorsikal berkuasa tinggi tercalar.
Dengan mengadakan demonstrasi semalam, mereka seramai 200 orang itu berhimpun bertujuan menghantar memorandum menggesa pihak TV3 dan mahukan Mazidul memohon maaf secara terbuka kerana telah memburukkan imej mereka.
Selain itu, mereka juga melaungkan “Kami bukan bukan pelesit”, “Get out Mazidul” dan “Kami sayang TV3″.
Secara tiba-tiba, muncul pula Zizan di antara mereka dengan memegang kertas yang bertulis membantah perlaksanaan kamera AES.
Namun, lain sebenarnya yang berlaku.
Sebenarnya, Zizan tersepit di antara orang ramai yang berhimpun ketika ingin masuk ke bangunan Sri Pentas.
Kertas yang dipegang juga secara tidak sengaja diberikan kepada Zizan tanpa dia mengetahui tulisan apa yang tertera.
Kiranya, ketika itu Zizan sedang bergegas untuk masuk ke dalam Sri Pentas dan mahu melakukan tugasnya sebelum rancangan Melodi bersiaran secara langsung.
Jangan disalah sangka pada Zizan ye…


Oleh: SORAYA IMAN
Sumber: budakbotak.com

0 comments:

Post a Comment