Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, December 26, 2012

No Comment

Dina Nadzir Baru Bebas Diculik Selama 3 Hari!
Dina Nadzir Baru Bebas Diculik Selama 3 Hari! - KUALA LUMPUR : Penyampai Era FM, Dina Nadzir mengakui bahawa dirinya baru saja bebas daripada diculik selama 3 hari di Pulau Bali pada hujung minggu lepas iaitu daripada 14 hingga 16 Disember lalu.
Dina yang bakatnya dicungkil menerusi program Malaysian Idol bersama Jaclyn Victor memberitahu orang yang menculiknya adalah penyanyi Adibah Noor dengan pengacara TV, Baki Zainal.
“Hujung minggu lalu saya dijadualkan pergi ke Singapura untuk mengadakan sebuah persembahan makan malam. Setibanya saya di airport, saya telah diberitahu bahawa nama saya tidak tersenarai dalam penerbangan ke Singapura.
“Waktu itu, saya panik dan tambah bingung apabila pegawai di situ memberitahu nama saya tidak ada dalam penerbangan ke Bali. Dalam keadaan kelam-kabut, saya bertegas kepada pegawai itu dan mengatakan saya kena pergi ke Singapura dalam tempoh 2 jam dari sekarang.
“Ketika saya panik di kaunter, pengurus, Kak Diba dan Baki Zainal telah mentertawakan saya. Rupa-rupanya, saya telah dipermainkan mereka dan sebenarnya saya tidak ada show di Singapura pada malam itu,” katanya kepada murai.com.my.
Meneruskan penjelasan, Dina memberitahu ini adalah helah Adibah yang mahu mengajak dirinya untuk bercuti selama tiga hari di sana.
“Yang menyebabkan saya kata saya diculik adalah kerana saya tidak tahu apa-apa pun tentang percutian itu. Dengan tidak membawa sebarang pakaian ke pantai, saya telah pergi ke Bali bersama mereka.
“Memandangkan saya sudah membawa dress untuk show, jadi saya pun telah memakai baju tersebut ketika bercuti di Bali,” ujarnya. – Murai

0 comments:

Post a Comment