Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, December 30, 2012

No Comment

16 Maut Minum Ubat Batuk
16 Maut Minum Ubat Batuk - LAHORE  Sekurang-kurangnya 16 orang dengan kebanyakan mereka penagih dadah yang ingin melepaskan gian, mati selepas meminum ubat batuk beracun di sebuah bandar di timur Pakistan, kata beberapa pegawai semalam.
Pihak polis dan beberapa orang doktor berkata, kematian itu berlaku pada Rabu lalu di bandar Gujranwala, sekitar 70 kilometer ke utara bandar ini.
“Kami menerima 54 pesakit di sebuah hospital yang mana keadaan kesihatan mereka semakin buruk selepas mengambil ubat batuk dengan 16 orang telah mati,” kata ketua pentadbiran hospital tempatan, Anwar Aman.
Menurutnya, semua mangsa berumur antara 20 hingga 40 tahun dengan kebanyakan mereka ialah penagih dadah.
Dalam perkembangan berkaitan, pegawai kanan polis Azam Mehr mengesahkan angka kematian tersebut dan memberitahu, sampel-sampel ubat batuk itu telah dihantar ke beberapa buah makmal untuk ujian lanjut.
Beliau berkata, ubat batuk berkenaan dijual di farmasi-farmasi tempatan.
“Polis dan jabatan kesihatan memulakan siasatan berhubung insiden ini,” tambahnya.
Pada bulan lalu, sekurang-kurangnya 19 orang maut di sini juga akibat meminum ubat batuk beracun. – AFP

0 comments:

Post a Comment