Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, December 25, 2012

No Comment

Shila Amzah Dikutuk Kerana Borong Kasut?
Shila Amzah Dikutuk Kerana Borong Kasut? - Baru sebentar tadi Shila Amzah telah memberitahu dia akan pulang ke Malaysia pada hari esok setelah beberapa hari berada di Miami, Amerika Syarikat bagi menghadiri World Music Awards (WMA 2012).
Shila sempat memuat naik beberapa perkembangan dirinya sepanjang berada di sana di laman rasmi Facebooknya.
Kiranya, Shila mahu berkongsi pengalaman dan detik gembiranya bersama-sama peminat setianya di Malaysia sepanjang berada di negara asing itu.
Antara perkara yang dikongsikan oleh Shila adalah pengalaman buat dirinya yang membeli kasut atau memborong kasut dalam jumlah yang banyak.
Kata Shila, itu adalah ‘Shoestherapy’ untuk dirinya.
Namun, ada peminat-peminat yang telah menyalah tafsirkan tindakan Shila.
Ada di antara mereka yang mengatakan Shila sengaja berlagak dan bersifat untuk menunjuk-nunjuk kepada orang ramai.
Malah, tidak kurang juga yang mengatakan Shila seorang yang pemboros kerana membeli satu benda dalam kuantiti yang banyak.
Selang beberapa minit, Shila telah memuat naik status yang menyatakan sedih kerana niat dan tindakannya itu disalah ertikan.
“Bila share orang Akan kata menunjuk-nunjuk/riak n etc. Bila tak share orang Akan kata Sombong/unfriendly etc.
“Bukan nak kata apa,I’m just sharing my thoughts,what I like..with my fans.
Sha beli barang bukan semua mahal,bukan semua branded stuffs..
Asal cantik, selesa,takdak brand pun sha okay..
Tudung rm5 pun Ada,kasut rm30 pun Ada..
“Kita niat baik pun orang buat spekulasi,apatah lagi niat buruk..
Dah tak tau nak kata apa dah..
Sha redha saja..
Yang penting Allah SWT tau nawaitu kita.” Tulis Shila.
Apa-apa pun, itu semua keputusan dan keperluan untuk diri Shila.
Mana tahu semua kasut yang dibeli untuk dipakai sepanjang membuat persembahan? Berfikir positif lebih baik. Tak gitu? – MyNewsHub
Shila Amzah Dikutuk Kerana Borong Kasut?
Shila Amzah Dikutuk Kerana Borong Kasut?
Shila Amzah Dikutuk Kerana Borong Kasut?

0 comments:

Post a Comment