Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, December 26, 2012

No Comment
Sekolah Ini Hanya Ada Seorang Murid


Mengapa sekolah ini hanya mempunyai seorang murid saja?
Di Malaysia, tidak mungkin ada sekolah yang hanya menempatkan seorang murid. Tidak kiralah sama ada sekolah kerajaan atau swasta.
Setiap sekolah itu harus ada kuato beberapa orang pelajar yang membolehkan sekolah berkenaan beroperasi.
Tetapi berbeza di China. Sekolah ini amat unik kerana hanya ada seorang saja murid.
Murid yang dimaksudkan itu adalah Hu Yang berusia 8 tahun.
Amat menyedihkan apabila dia merupakan satu-satunya pelajar di sekolah rendah Provinsi Fujian, China.
Pada tahun 2005 sekolah ini mempunyai 80 orang pelajar tetapi mereka terpaksa meninggalkan sekolah akibat kemiskinan hidup.
Mereka perlu mengikut ibu bapa dalam mencari dan membantu melakukan pekerjaan.
Sekarang, Hu Yang diajar oleh dua orang guru setiap hari.
Kesian betul apabila melihat gambar-gambar Hu Yang.
Namun, apa yang pasti ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus belajar walaupun tanpa kehadiran rakan-rakan.
Bersyukurlah anda kerana menerima pendidikan yang secukupnya kerana ramai yang tidak bernasib baik seperti anda.

0 comments:

Post a Comment