Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, December 26, 2012

No Comment
Sultan Brunei Pilih Janda Malaysia?


NAMPAKNYA kisah dan gossip orang-orang terkenal termasuk di kalangan aristokrat dan golongan istana terus menjadi ‘buruan’, kisah mendiang Lady Diana sebagai contoh.
Daripada percintaannya dengan Putera Charles sehinggalah kepada tragedi yang membawa kepada kemalangan ngeri yang meragut nyawanya dengan jutawan Dodi Al-Fayed tak mungkin dapat dilupakan sampai bila-bila.
Di negara kita tidak kurang hangatnya, suatu ketika dulu ‘bergegar’ dunia hiburan tanah air apabila penyanyi Mazuin Hamzah mengambil keputusan untuk mengakhiri zaman solonya berkahwin dengan adinda Sultan Brunei, Pengiran Sufri Bolkiah pada tahun 1987.
Bagaimanapun perkahwinan gilang-gemilang itu berakhir dengan penceraian.
Begitu juga apabila Sultan Brunei sendiri, Sultan Hassanal Bolkiah mengahwini personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim pada tahun 2005.
Perkahwinan mereka berdua juga tidak kekal lama apabila ia berakhir dengan penceraian lima tahun kemudian.
Dan kini kembali hangat diperkatakan bila Sultan Brunei dikatakan akan memilih seorang janda dari Malaysia sebagai permaisuri hidupnya.
Wah, sekali lagi blog Malaysia-Instinct berjaya ‘menghidu’ gosip tersebut.
Sebelum ini blog yang sama telah memberi ‘instinct’ siapa wanita yang dimaksudkan.
Berikut adalah petikan daripada artikel tersebut;
Kini gempar di Brunei dengan berita bahawa Sultan Brunei bakal gantikan tempat kedua isterinya yang diceraikan.
Isteri kedua juga diceraikan bersama dengan Azrinaz. Jadi sekarang Sultan Brunei hanya mempunyai seorang isteri iaitu Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.
Gempar rakyat bukan sebarang gempar, gempar kini membawa angin yang kurang segar, angin rakyat mula kecewa, angin rakyat berbaur persoalan ;
* kenapa Sultan Brunei yang mereka sayangi memilih BUKAN rakyat mereka ?
* kenapa tergesa-gesa memilih calon isteri (akibat tidak buat penelitianlah maka terjadinya penceraian)
Wah, ini memang ‘panas’…kisah terbaru tersebut boleh diikuti DI SINI
Apapun kesahihan berita ini tidak dapat dipastikan.
Diharap pihak Istana Brunei dapat memberi penjelasan kerana ia sedang hangat diperkatakan.

0 comments:

Post a Comment