Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, October 31, 2014

No Comment


Malaysia - Dua remaja lelaki dari Malaysia bertindak menyaman syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dan juga kerajaan atas kehilangan bapanya didalam misteri kehilangan pesawat MH370 sejak lapan bulan lalu dan ini merupakan saman pertama yang dibuat oleh ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi tersebut.

Jee Kinson, 13, dan Jee Kinland, 11, menyatakan dalam saman itu bahawa apabila pesawat yang jatuh dari radar semasa terbang dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac dengan 239 orang di atas pesawat, jabatan penerbangan tidak cuba untuk membuat hubungan dalam masa yang munasabah. Selain itu, mereka juga mempersoalkan kenapa jabatan imigresen membenarkan penumpang dengan identiti palsu untuk menaiki pesawat tersebut.

"Kami telah menunggu selama lapan bulan. Setelah berbincang dengan pakar-pakar, kami percaya bahawa kami mempunyai bukti yang cukup kuat untuk kes ini. Sebuah pesawat besar yang hilang di zaman teknologi ini benar-benar tidak boleh diterima, "kata peguam mereka Arunan Selvaraj.

Saman itu menyatakan syarikat penerbangan itu cuai dan gagal untuk mengambil langkah-langkah wajar untuk memastikan penerbangan yang selamat. Anak-anak kepada bapa yang hilang ini menuntut ganti rugi bagi tekanan mental, tekanan emosi dan kehilangan sokongan berikutan kehilangan ayah mereka, Jee Jing Hang.

Mereka berkata ayah mereka mengoperasiakan perniagaan internet dan berpendapatan bulanan hampir RM 17,000.

Pesawat MH370 dikatakan terhempas di lautan Hindi dan proses pencarian masih lagi dibuat. - SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment