Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, October 24, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Buku karya kartunis terkenal negara, Datuk Mohd Nor Khalid atau Lat, Kampong Boy dalam versi bahasa Jepun tersenarai dalam pencalonan Anugerah Gaiman bagi kategori luar negara.

Pegawai Bahagian Komunikasi Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM), Nursakinah Saidon, berkata edisi baharu itu diterjemahkan oleh pensyarah bahasa Jepun di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Hieda Natsue dan disunting pensyarah Tokyo University of Foreign Studies (TUFS), Profesor Madya Soda Naoki.

Beliau berkata, buku yang dilancarkan ketika Pesta Buku Antarabangsa Tokyo (PBAT) pada Julai lalu ini turut dijadikan bahan bantu mengajar untuk Pengajian Asia Tenggara di TUFS.

“Kampung Boy yang sudah diterjemahkan dan diterbitkan kepada lebih 12 bahasa dunia itu turut menarik perhatian ramai pihak, termasuk Puteri Mako, anakanda kepada Putera Akashino.

“Ini kerana ia bersifat dokumen sosial masyarakat Malaysia yang digambarkan secara santai bagaimana suasana harmoni kaum, ekonomi dan budaya kehidupan Malaysia melalui pengalaman peribadi Lat ketika itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Nursakinah berkata, Anugerah Gaiman adalah satu anugerah yang mengangkat karya penerbitan kartun dan anime dengan penyertaan pencalonan dari seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Perancis, Sepanyol, Belgium dan Sweden.

“Ia dianjurkan Muzium Manga Antarabangsa Kyoto sejak 2011 untuk buku komik atau karya kartun dan anime luar dari Jepun yang diterjemahkan kepada bahasa Jepun,” katanya.

Tempoh undian akan berakhir pada 30 November depan menggunakan sistem undian dalam talian menerusi www.gaiman.jp/nominate/local yang dibuka kepada masyarakat seluruh dunia selain peti undi di kedai buku terpilih. - BHarian Online

0 comments:

Post a Comment