Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, September 28, 2014

No Comment

CARDIFF – WALES. Seorang remaja terkejut selepas mendapati pisang yang bakal menjadi santapan paginya mengandungi sekurang-kurangnya 80 labah-labah kecil di dalamnya.

Hannah John, 17, dikatakan membawa pisang tersebut sebagai bekalannya dari rumah ke sekolah.

Menurut laporan Metro.co.uk, gadis tersebut akan mengambil pisang tersebut sebagai salah satu snek sihat semasa di dalam kelas.

Namun dia terkejut lantas menjerit sebaik sahaja mendapati bahagian dalam pisang tersebut dipenuhi labah-labah.

“Saya bawa pisang itu ke sekolah untuk sarapan pagi, tapi saya ternampak makhluk kecil dalam pisang itu,” katanya.

Jelasnya lagi melalui portal tersebut, terdapat satu lubang kecil pada pisang itu dan 80 labah-labah kecil hidup di dalamnya.- Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment