Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, September 28, 2014

No Comment


INCHEON – Kontinjen negara di Sukan Asia menambah koleksi pingat emas selepas menjuarai acara skuasy berpasukan wanita dengan menundukkan India 2-0 di pentas final, sebentar tadi.

Turun selaku pemain pertama, Delia Arnord jelas tidak menghampakan apabila mengutip mata pertama negara selepas menewaskan Anaka Alankamony 11-9, 12-10, 11-2.

Dan kemenangan negara dilengkapkan ratu skuasy negara, Datuk Nicol David selepas mudah menewaskan Dipika Pallikal 11-7, 11-6 dan 11-3.

Ia emas kedua Nicol selepas turut menguasai acara individu sebelum ini.

Skuad skuasy negara mampu menambah koleksi emas apabila pasukan lelaki turut turun ke final pada 4 petang ini. - BH Online

0 comments:

Post a Comment