Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, September 30, 2014

No Comment

Shah Alam: Mahkamah Tinggi, di sini, sebentar tadi menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang lelaki bekerja sebagai jurutera dari China selepas didapati bersalah membunuh rakan sekerjanya tiga tahun lalu.

Tertuduh, Fang Jinzhong, 57, didapati bersalah membunuh rakan sekerjanya, Loo Lee Keng, 28, yang juga bertugas sebagai jurutera di kilang berkenaan.

Hukuman itu dijatuhkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Collin Lawrence Sequerah selepas tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pendakwaan.

Mengikut pertuduhan, Fang didakwa melakukan perbuatan itu pada 6 Julai 2011 di stor maintenance Kilang Press Metal Bhd, Lot 6464, Batu 5 3/4 Jalan Kapar, Bukit Raja, Klang.

Pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwa Raya Faten Hadni Khairuddin manakala tertuduh diwakili peguam Lim Chi Chau dan Lai Chee Hoe. - myMetro Online

0 comments:

Post a Comment