Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, September 30, 2014

No Comment

KUALA TERENGGANU – Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara 16 bulan selepas mengaku salah atas dua pertuduhan memiliki dadah berbahaya di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, semalam.

Mengikut pertuduhan pertama, Hamdan Ali, 31, dari Kampung Durian Burung, di sini, mengaku salah memiliki dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 0.03 gram.

Dia turut mengaku salah bagi pertuduhan kedua iaitu memiliki dadah berbahaya jenis heroin di sebuah rumah di Kampung Durian Burung, Jalan Kelantan, di sini, 28 Julai 2013, lebih kurang jam 5.30 pagi.

Dengan itu, Hamdan mengaku melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12 (3) Akta yang sama.

Bagi kesalahan itu, dia boleh dihukum denda tidak lebih RM10,000 atau dikenakan penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Susulan pengakuan salah itu, Hakim, Azhar Othman menjatuhkan hukuman penjara 16 bulan bagi pertuduhan pertama dan dua bulan penjara untuk pertuduhan kedua.

Bagaimanapun, Azhar memerintahkan kedua-dua hukuman tersebut berjalan serentak.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa raya, Nazlyza Mohamad Nazri. - Sinar Harian Online

0 comments:

Post a Comment