Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, September 27, 2014

No Comment


LONDON – Arsene Wenger menghangatkan pertembungan menarik tetangga di utara London, hari ini apabila menyifatkan Tottenham Hotspur tidak akan bergelar gergasi di Liga Perdana Inggeris (EPL) jika tidak mengikuti jejak kejayaan Arsenal.

Selepas gagal menandingi kuasa membeli pencabar kejuaraan lain sejak beberapa tahun, bos Gunners Wenger kini menuai hasil daripada keputusannya untuk meninggalkan stadium ‘antik’ Highbury dan berpindah ke stadium dengan kapasiti 60,000 tempat duduk, Emirates pada 2006.

Stadium yang dibina dengan kelengkapan canggih dan terkini itu memakan kos STG390 juta (RM2.06 bilion) pada mulanya mendatangkan pening kepala buat Wenger yang terpaksa mengikat perbelanjaannya namun peningkatan keuntungan daripada Emirates ketika ini mula membuahkan hasil.

Tahun lalu, Wenger berjaya membawa masuk bintang Jerman, Mesut Ozil dengan rekod perpindahan kelab STG42 juta (RM222.3 juta) dan membelanjakan STG30 juta (RM158.8 juta) lagi untuk mendapatkan Alexis Sanchez sebelum kempen musim ini bermula.

Perbelanjaan besar seperti dikatakan Wenger mampu menjadikan Arsenal sebagai pencabar kejuaraan tulen dan berkata Tottenham, yang tidak pernah menamatkan kempen EPL di atas Arsenal sejak 19 tahun lalu, perlu mengikuti formula yang digunakan mereka jika mahu memecah kelompok empat kuasa utama.

Spurs ketika ini sedang membuat persediaan untuk membangunkan tanah di sekitar White Hart Lane untuk membina venue baru dengan kapasiti 56,250 tempat duduk namun berdepan sekatan berkaitan undang-undang di Mahkamah Tinggi yang menyaksikan perancangan itu tersekat.

“Kamu tidak boleh melakukan perniagaan apabila kamu menolak 15,000 atau 20,000 setiap minggu. Jika pesaing kamu mempunyai kuasa kewangan yang lebih besar daripada kamu, pada suatu tahap, kamu perlu membuat keputusan.

“Nampaknya, semua orang membuat keputusan seperti ini ketika ini kerana apabila kamu melihat Liverpool, Everton, (mereka) mahu meningkatkan kapasiti penonton mereka. Jika kamu memiliki kapasiti yang kecil, ia menjadi lebih sukar,” katanya. – AFP

0 comments:

Post a Comment