Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, September 28, 2014



PETALING JAYA: Lepasan SPM tidak lagi boleh menggunaan keputusan percubaan SPM sebagai kelayakan untuk memasuki pra-universiti ataupun program program-program asasi bermula Januari.

Kementerian Pelajaran telah memaklumkan ketua-ketua institusi pendidikan tinggi swasta yang keputusan itu tidak lagi diterima sebagai kelayakan kemasukan, tidak seperti pada tahun-tahun sebelumnya.

Perkara ini mengejutkan industri pendidikan swasta yang sejak lebih 30 tahun lalu, bergantung kepada kemasukan berdasarkan keputusan percubaan.

Pelajar biasanya menduduki SPM pada November dan keputusan biasanya keluar pada penghujung bulan Mac. Setiap tahun, lebih kurang 30,000 pelajar menggunakan keputusan percubaan mereka bagi menyambung pelajaran mereka di peringkat Pra-Universiti yang bermula pada Januari - SiakapKeli.com

Sumber : thestar

0 comments:

Post a Comment