Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, September 28, 2014

No Comment



LANCASTER, NEW YORK – Dua orang termasuk seorang kanak-kanak terbunuh apabila dua pesawat ringan berlanggar di ruang udara di barat New York pada acara bagi memperkenalkan kanak-kanak kepada penerbangan.

Ketua Polis Lancaster, Gerald J Gill Jr, memberitahu The Buffalo News bahawa juruterbang sebuah pesawat dan kanak-kanak lelaki yang menjadi penumpang, terbunuh dalam nahas itu.

Pihak Berkuasa Penerbangan menyatakan pesawat berkenaan berlanggar kira-kira 10 kilometer ke tenggara Lapangan Terbang Buffalo-Lancaster pada jam 10.40 pagi.

Perlanggaran itu membabitkan pesawat Cessna 172 dan pesawat buatan sendiri SeaRey.

Menurut pihak berkuasa, pesawat SeaRey itu mendarat dengan selamat di sebuah padang di Alden tetapi pesawat Cessna berkenaan terhempas di Lancaster.

Kapten Gregory Savage daripada Jabatan Syerif Erie County menyatakan juruterbang SeaRey dan kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun terselamat.

The Experimental Aircraft Association memberitahu akhbar berkenaan bahawa kedua-dua pesawat itu terbang sebagai sebahagian program Young Eagles bagi memperkenalkan penerbangan kepada golongan muda.

Persatuan itu menerbangkan hampir 1.9 juta kanak-kanak sejak 1992. Ini adalah nahas maut pertama membabitkan program itu sejak ia dilancarkan pada 2006 di Washington. – AP / BH Online

0 comments:

Post a Comment