Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, September 27, 2014



HULU KLANG – Zed Zaidi dipilih menjadi Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke-14 yang diadakan di Dataran Karyawan FINAS, Kompleks Studio Merdeka, di sini, hari ini.

Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jalil menewaskan dua calon lain yang turut bertanding iaitu seniman veteran, Datuk Mustapha Maarof dan Afdlin Shauki.

Sementara itu, Zulkifli Mohamad atau lebih popular dengan nama Zack Kool pula dipilih sebagai Timbalan Presiden SENIMAN mengetepikan Datin Sofia Jane, Sabree Fadzil dan Afdlin.

Kira-kira 1,000 ahli hadir di mesyuarat agung ini tetapi hanya 252 layak mengundi.

Suasana mesyuarat pemilihan pada mulanya agak tegang apabila ada yang mempertikaikan kredibiliti calon bertanding tetapi secara keseluruhannya masih terkawal. – BH Online

0 comments:

Post a Comment