Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, September 30, 2014

No Comment


BANGKOK: Menteri Pelancongan Thailand berkata gelung tangan pengenalan diri akan diedarkan kepada pelancong berikutan pembunuhan dua warga Britain awal bulan ini yang menimbulkan kebimbangan mengenai keselamatan.

Menteri Pelancongan dan Sukan Kobkarn Wattanavrangkul berkata beliau sudah mengadakan pertemuan dengan pihak hotel berhubung pengedaran gelung tangan itu bagi membantu pelancong yang hilang atau menghadapi masalah.

"Ketika pelancong daftar masuk ke hotel, mereka akan diberikan gelung tangan dengan nombor siri yang sepadan dengan pengenalan diri mereka dan menunjukkan maklumat tempat penginapan untuk dihubungi sekiranya mereka balik lewat dan sebagai contoh, mabuk atau hilang, mereka boleh dibantu dengan mudah," kata Kobkarn.

MENTERI Pelancongan dan Sukan Kobkarn Wattanavrangkul
Katanya, langkah berikutnya ialah penggunaan peranti pengesan elektronik tetapi ia belum dibincang dengan terperinci.

Tambahnya, satu 'sistem buddy', yang meregukan pelancong dengan penjaga tempatan di destinasi pelancongan, juga turut dibincang.

Mayat Hannah Witheridge, 23, dan David Miller, 24, dijumpai mati di pantai di pulau selatan Thai, Koh Tao pada 15 September lalu.

Kobkarn mengakui idea gelung tangan itu turut mendapat bantahan.

"Kebanyakan orang menyambut baik idea itu tapi sesetengah hotel bimbang ada pelancong enggan memakai gelung itu," katanya. - REUTERS

0 comments:

Post a Comment