Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, March 8, 2014

No Comment

MENERUSI kenyataan media terbaru yang dikeluarkan oleh pihak Malaysia Airlines (MAS), mereka masih belum berjaya mengesan penerbangan MH370 sehingga jam 4.20 petang tadi.

Pihak MAS bagaimanapun masih berusaha mengesan lokasi terkini berdasarkan lokasi terakhir pesawat tersebut.

Ia turut membabitkan kerjasama dengan pasukan penyelamat antarabangsa.

Sehingga kini, belum ada sebarang petunjuk kecemasan atau mesej yang diterima daripada pesawat tersebut.

MAS turut menghantar pasukan yang dikenali sebagai ‘Go Team’ ke Beijing pada jam 4.30 petang dan pada masa yang sama, satu lagi kumpulan akan menjaga kebajikan ahli keluarga para penumpang di samping membantu memberikan maklumat terkini kepada mereka.

Kenyataan media terbaru ini turut memberikan maklumat terkini mengenai jumlah penumpang berdasarkan kewarganegaraan mereka:

China/Taiwan- 154 (termasuk seorang bayi)
Malaysia-38
India- 5
Indonesia- 7
Australia- 6
Perancis- 4
Amerika Syarikat- 3 (termasuk seorang bayi)
New Zealand- 2
Ukraine- 2
Kanada- 2
Rusia- 1
Itali- 1
Belanda-1
Austria-1

Kenyataan sebelum ini tidak menyenaraikan jumlah penumpang warganegara India berikutan kekeliruan kod negara itu dengan Indonesia.

Pihak MAS juga meminta agar tiada pihak yang membuat spekulasi yang tidak berasas mengenai kehilangan pesawat itu. 

Oleh: ELZA

0 comments:

Post a Comment