Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, May 20, 2014

No Comment

Gifu – Polis Jepun menahan seorang lelaki berusia 53 tahun selepas memecah masuk sebuah sekolah dan mencuri dua pasang pakaian sukan pelajar perempuan.

Menurut polis, suspek yang dikenali sebagai Koichi Hirose bekerja di sebuah kolej teknikal di daerah Wakayama.

Jurucakap polis berkata, Hirose memecah masuk ke sekolah berkenaan kira-kira jam 2.30 pagi kelmarin dan mencuri pakaian itu di bilik persalinan.

Seorang penduduk menghubungi polis selepas melihat ada kenderaan yang mencurigakan diletakkan dalam tempoh lama di luar kawasan sekolah.

“Hirose ditahan di dalam kawasan sekolah.

“Apabila disoal siasat, dia mendakwa mahu memakai pakaian berkenaan, tetapi kami masih belum memahami mengapa dia begitu,” katanya.

Sumber: My News Hub / Agensi

0 comments:

Post a Comment