Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, November 30, 2013

No Comment

Miri – Selepas lima jam insiden membabitkan cubaan seorang pelajar lelaki terjun dari tingkat tiga Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), di sini, penduduk di bandar ini sekali lagi digemparkan dengan tindakan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dikatakan cuba terjun dari balkoni sebuah hotel di Jalan North Yu Seng, di sini, jam 1.45 petang tadi.

Difahamkan, kejadian dipercayai berpunca berikutan berlaku pertengkaran antara kanak-kanak terbabit dengan ibu bapanya berhubung satu perkara sebelum bertindak mengancam terjun dari balkoni di tingkat 11 hotel terbabit.

Bagaimanapun, tindakan pantas ibu bapa kanak-kanak terbabit yang menarik tangan anaknya berjaya mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri mengesahkan menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada jam 1.34 petang tadi. - myMetro Online

0 comments:

Post a Comment