Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, November 29, 2013

No Comment

Zhejiang – Dirantai umpama anjing. Itu yang berlaku ke atas seorang budak lelaki berusia 11 tahun, He Zili.

Kehidupannya jauh berbeza dengan rakan sebayanya, disebabkan Zili mengalami masalah mental.

Disebabkan dia berpotensi menyerang orang di sekelilingnya, bapanya yang kurang upaya dan mengalami kecacatan, tidak pilihan selain merantai anaknya itu.


Zili mengalami masalah mental itu selepas kepalanya cedera ketika berusia setahun.

Selain bapanya, Zili juga menetap bersama datuknya yang sudah uzur.

Ibunya sudah meninggal dunia akibat kanser.

Masalah sakit mental di kalangan penduduk China semakin membimbangkan dengan statistik yang dikeluarkan oleh Pusat Kesihatan Mental China pada2009, menunjukkan 160 juta penduduknya mengalami penyakit mental yang serius seperti schizophrenia dan paranoid.

Ia berbeza dengan tahun 1950-an apabila hanya seorang daripada setiap 37 penduduk di negara itu menghidap penyakit mental.

0 comments:

Post a Comment