Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, November 28, 2013

No Comment

GEORGETOWN – Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang akan menerima 103 buah kereta Proton Preve baharu secara berperingkat bermula minggu ini, kata Ketua Polis negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi.

Beliau berkata penambahan logistik dibuat bagi mempercepat waktu respons pegawai penyiasat ke lokasi jenayah di samping meningkatkan kawalan keselamatan di sekitar negeri ini.

“Kereta itu akan diagih kepada cawangan JSJ di setiap daerah di negeri ini mengikut kekuatan anggota balai serta keperluan kawasan dengan harapan kualiti kerja anggota kita dapat dipertingkatkan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Santai Warga JSJ Kontijen Pulau Pinang, di sini hari ini.

Dalam ucapannya, Abdul Rahim menggesa anggota JSJ agar lebih fokus melaksanakan tugas termasuk meningkatkan kualiti penyediaan kertas siasatan, membuat klasifikasi kes secara menyeluruh dan bertindak lebih efisien bagi meningkatkan kadar pertuduhan kes di mahkamah dan penyelesaian kes.

Katanya sebanyak 48.6 peratus kes telah diselesaikan sehingga semalam dan pihaknya menyasarkan ia meningkat sehingga 50 peratus, sebelum hujung tahun ini.

Dalam perkembangan lain, Abdul Rahim berkata indeks jenayah Pulau Pinang menunjukkan penurunan sebanyak tiga peratus atau 224 kes dalam tempoh Januari hingga semalam, berbanding tempoh sama tahun lepas.

“Daripada jumlah itu, 48.6 peratus kes berjaya dituduh di mahkamah melepasi sasaran indeks prestasi sebanyak 35 peratus yang disasarkan sebelum ini,” katanya.

Terdahulu, sebanyak 72 pegawai dan anggota lain-lain pangkat jabatan itu menerima surat penghargaan Ketua Polis negeri atas khidmat cemerlang sepanjang tahun ini. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment