Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, November 9, 2013

No Comment

LONDON – Seorang jutawan dari negara Arab sanggup menawarkan gaji sebanyak RM635,800 setahun kepada mana-mana individu terutama wanita untuk menjadi tutor bagi mengajarnya.

Tutor tersebut perlu mengajarnya sehingga dia mampu melanjutkan pelajaran ke Universiti Oxford.

Dalam iklan yang disiarkan oleh sebuah akhbar, ia menyatakan bahawa calon perlu mempunyai kepakaran dalam bahasa Inggeris, berperwatakan menarik, pandai bermain piano serta bijak mengajar.

Ia bagi mengajar seorang lelaki yang berusia dalam 30-an dan membantunya cemerlang dalam peperiksaan GCSE serta A Level.

Jutawan berkenaan yang tidak mendedahkan identitinya itu menyatakan bahawa dia realistik dengan cita-citanya yang setinggi gunung itu iaitu mahu belajar di Universiti Oxford.

Beliau meninggalkan alam persekolahan ketika remaja untuk terjun ke dalam dunia perniagaan hinggalah menjadi seorang jutawan yang berjaya.

Calon yang berjaya bagaimanapun perlu bersedia untuk mengembara ke negara Asia Barat dan Afrika.
Soal logistik seperti apartmen, hotel dan kapal layar akan disediakan.

Tutor itu perlu mengajar mulai 8 pagi hingga 11 malam setiap hari dan pada Jumaat serta Sabtu pula, dia perlu mengikut lelaki tersebut.

0 comments:

Post a Comment