Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, November 28, 2013

No Comment

Tahniah diucapkan buat pelakon siri The Client List, Jennifer Love Hewitt yang telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan, Autumn James Hallisay, kelmarin.

Sebelum ini Hewitt tidak pernah mendedahkan jantina anak yang bakal dilahirkannya kerana mahu memberikan kejutan kepada dirinya dan suami, Brian Hallisay.

Pelakon siri Ghost Whisperer itu mengumumkan berita pertunangan dan kehamilannya pada Jun lalu.

Jurucakap Hewitt juga sudah mengesahkan Hewitt dan Hallisay baru sahaja melangsungkan perkahwinan dan upacara itu telah diadakan secara rahsia dan tertutup.

Hewitt dan suaminya yang merupakan bintang gandingannya dalam The Client List dilaporkan jatuh cinta pada Mac tahun lalu ketika bersama-sama terikat dengan penggambaran drama terbabit.

Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment