Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, November 20, 2013

No Comment

KOTA KINABALU – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhi hukuman denda RM15,000 atau penjara lapan bulan terhadap seorang jurujual telefon bimbit selepas didapati bersalah menghina Sultan Perak pada 2009.

Hakim Mahkamah Sesyen Ummu Kalthom Abdul Samad memutuskan Rutinin Suhaimin, 40, bersalah melakukan perbuatan itu di Blok A, Lot 4, Kedai Sedco, Kundasang, Ranau, pukul 6.33 petang, 13 Feb 2009.

Rutinin dituduh secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komen jelikitu di laman web http://books.dreambooks.com/duliduli.html yang mempunyai pautan kepada laman web Sultan Perak http://www.sultanperak.gov.my.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(9) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang boleh membawa hukuman didenda sehingga RM50,000 atau dihukum penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dijalankan Peguam Kanan Persekutuan Jamil Aripin.

Rutinin yang diwakili peguam Muammar Julkarnain membayar denda itu.- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment