Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 30, 2013

No Comment

Seorang gadis muda, Lataura Jarrett, 21, ditahan bersama bapa tirinya, Kelcey Nicholas, 28, selepas kedua-duanya didapati bersekedudukan di kediaman mereka di West Virginia.

Kedua-duanya didakwa atas kesalahan melakukan hubungan sumbang mahram walaupun tidak mempunyai sebarang pertalian darah.

Nicholas mengahwini ibu Jarrett sejak lima tahun lalu dan gadis itu memanggilnya ‘ayah’.

Kes tersebut mendapat perhatian daripada orang ramai yang mempersoalkan definisi sumbang mahram yang dilaporkan oleh Sherif David Hopkin dengan menyatakan gadis itu mempunyai hak untuk bercinta kerana sudah dewasa.


Tidak mahu kalah dengan desakan ramai, Hopkin bertemu dengan pihak peguam bagi mendapat penjelasan mengenai maksud ‘anak perempuan’ mengikut undang-udang negeri itu.

Menurut mereka, anak perempuan ialah ‘anak sebenar’ bagi pasangan suami-isteri dan Nicholas masih lagi berkahwin dengan ibu Jarrett sewaktu mereka ditahan.

Kedua-duanya kini berhadapan dengan tujuh pertuduhan sumbang mahram dan boleh membawa kepada hukuman penjara sekitar lima hingga 15 tahun mengikut undang-undang West Virginia.

Perbicaraan akan berlangsung pada 3 Oktober depan.

Teruk betul perangai. Sudah dapat emak, anak tiri pun mahu ‘disebat’ sekali.

Oleh: ELZA

0 comments:

Post a Comment