Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 30, 2013

No Comment

SEORANG lelaki warga Pakistan dan berdarah campuran Sepanyol dicari anggota polis selepas banyak laporan polis ke atasnya melibatkan penipuan tiket penerbangan dan pakej percutian.

Laman Facebook Malaysian Crime Awareness Campaign hari ini memaparkan satu mesej yang diberikan oleh pembacanya berkenaan lelaki itu.

Terdapat kira-kira lima laporan polis di buat di Balai Polis di Wangsa Maju, Dang Wangi dan Pudu berkaitan kes penipuan itu.

Pembaca turut berkongsi nama pegawai polis yang diarahkan untuk menguruskan kes ini iaitu Inspektor Izati di talian 011-129-90432 untuk dihubungi jika anda ada maklumat berkenaan lelaki ini.

Nama sebenar lelaki yang dikehendaki itu ialah Waqas Khan Lodhi Fayyaz Khan Lodhi dan dia dipercayai turut menggunakan pelbagai nama palsu untuk menjalankan kerja penipuannya.

Pasportnya bernombor KG992779 dan dikatakan telah tinggal melebihi tempoh dibenarkan di negara ini.

Menurut pembaca yang juga seorang daripada mangsa penipuan suspek, lelaki itu dipercayai masih berada di Malaysia apabila seseorang telah menemuinya di Bukit Bintang.

“Suspek dipercayai kini masih berada di Ampang, Petaling Jaya, Cyberjaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” katanya

Menurut pembaca itu, lelaki itu menipu menerusi tawaran harga tiket penerbangan pergi balik yang 20 hingga 40 peratus lebih murah ke mana-mana destinasi seluruh dunia tetapi sebenarnya dia menipu.

Waqas Khan hanya membeli tiket penerbangan pergi sahaja tanpa penerbangan balik sehingga menyebabkan ramai mangsanya kini terkandas di seluruh dunia, katanya.

Beliau berkata, ada juga di antara mangsa yang terlibat sudah kehilangan wang mereka tetapi suspek tidak menempah langsung satu pun tiket penerbangan.

Menurutnya, dirinya, keluarga dan rakan sudah pun ditipu kira-kira RM100,000 oleh suspek.

“Selain tiket penerbangan, suspek turut menipu menerusi urusan tempahan bilik hotel dan apartmen dan dia turut memegang beberapa pasport palsu dan visa,” katanya.

Suspek memiliki beberapa pasport palsu di atas nama Juan Alfonso Carlos (Pasport Sepanyol) dan Azmol (Pasport Yemen).

Dia turut memiliki akaun Maybank di atas nama Mohd Zahid Hosin Rid dan turut menipu orang ramai dalam urusan pemindahan wang melalui Western Union dengan nama Muhammed Bilal Mahmood Tariq.

0 comments:

Post a Comment