Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, September 29, 2013

No Comment

Sebelum ini penyampai radio Hot FM, Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid pernah membuat kenyataan bahawa hatinya kini sudah dimiliki namun enggan mendedahkan siapakah gerangan jejaka yang kini bertakhta di hatinya kini.

Walau bagaimanapun menerusi laman Instagramnya semalam, Aleya tanpa segan silu memuat naik gambar seorang lelaki bersama bapanya dengan keterangan gambar bertulis ‘Love & Hero’.

Mungkin jejaka inilah yang berjaya mencuri hati ibu tunggal kepada kembar Aza Ameena dan Asha Ameena.

Sebelum ini, Aleya yang merupakan anak kepada penggiat seni terkenal Fatimah Abu Bakar pernah mendirikan rumah tangga dengan pemuzik Muhammad Ashraf Aasimudin pada 29 Februari tahun lalu setelah lima tahun hidup bersama.

Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment