Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 30, 2013

No Comment

SEMPORNA – GiatMara akan memperkenalkan sistem pengajian separuh masa bermula Januari ini khusus untuk mereka yang mempunyai komitmen lain.

Ketua Pegawai Eksekutif GiatMara Meriyam Abd Majid berkata menerusi sistem itu pelatih boleh datang ke kelas selepas mereka selesai dengan urusan harian.

“Bagi pelatih yang tidak dapat hadir kelas pada waktu pagi kerana komitmen pekerjaan atau tugas harian atau keluarga, mereka boleh datang pada waktu petang.

“Mereka yang berjaya menghadiri semua kelas sepanjang sebulan akan diberi elaun RM50,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata menerusi sistem itu, pelatih harus mengikuti kelas latihan selama setahun sebelum diberi sijil profesional, berbanding enam bulan bagi pelatih sepenuh masa.

Jika mereka enggan menamatkan kursus setahun dan hanya belajar kemahiran, GiatMara akan mengeluarkan sijil modular kepada mereka, katanya.

“Sijil ini amat penting jika mereka nak buat pinjaman perniagaan dengan Mara,” katanya.

Beliau berkata untuk permulaan, GiatMara menawarkan kursus jahitan dan pengambilan akan melibatkan semua 231 pusat GiatMara di seluruh negara dengan setiap pusat dibenar mengambil maksimum lima pelatih. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment