Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, September 29, 2013

No Comment

SUDAHLAH ditahan polis kerana disaspek dalam kes bunuh, dua anggota Geng 04 dengan megahnya masih boleh menunjukkan empat jari sebagai simbol geng mereka.

Ketiga-tiga yang didakwa ialah P. Narendranpathy, 26, P Setupathi, 25, dan Aiman Mazlan, 21, turut mengukir senyum apabila para jurugambar bergegas untuk merakamkan gambar mereka dibawa keluar dari mahkamah.

Kesemua yang tertuduh dari Taman Cheng Jaya, kelihatan tenang apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syajaratudur Abdul Rahman. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan pada prosiding semalam.

Mengikut fakt kes, ketiga-tiga mereka bersama seorang lagi yang masih bebas dituduh menyebabkan kematian R. R Sivan, 32, di sebuah rumah di Taman Bertam Jaya pada pukul 10 malam, 4 Mei lepas.

Mereka didakwa atas tuduhan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.

Timbalan Pendakwaraya Nabilah Nizam mengetuai pasukan pendakwaan dan Majistret menetapkan 31 Oktober depan untuk sebutan semula kes.

0 comments:

Post a Comment