Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, September 29, 2013

No Comment

Pastinya perkhabaran terbaru ini menggembirakan peminat rockers terkenal Awie dan Erra Fazira yang selama ini ternanti-nantikan gabungan terbaru mereka selepas filem Sembilu.

Awie dan Erra bakal digandingkan dalam pementasan teater Supermokh The Musical yang diadaptasi daripada kehidupan lagenda bola sepak negara, Allahyarham Mokhtar Dahari.

Ketika ditanya tidakkah isterinya, Rozana Misbun cemburu melihat gandingannya bersama Erra kelak, Awie menjelaskan, “”Setiap kali ada majlis atau apa-apa persembahan yang melibatkan saya dan Erra pastinya dia akan saya beritahu dahulu. Masing-masing sudah ada keluarga dan tak ada apa yang harus dirisaukan.

“Cuma saya berterima kasih kepadanya kerana selalu memahami saya. Tidak cemburu dan tak kisah memandangkan pertemuan saya dan Erra atas dasar kerja dan profesionalisme semata-mata,” katanya memetik laporan sebuah akhbar mingguan.

Supermokh The Musical bakal dipentaskan di Istana Budaya pada bulan November ini.

Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment