Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 30, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) menganggap ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kesederhanaan sebagai prinsip hubungan antarabangsa pada sesi Mesyuarat Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang ke-68 di Amerika Syarikat (AS) semalam amat penting untuk dunia Islam.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, ucapan itu amat penting kerana dunia Islam sedang ketandusan kepemimpinan yang mampu bersuara untuk menangani isu-isu sesama umat Islam sehingga ia perlu diselesaikan oleh kuasa-kuasa dunia barat.

“Di sini, saya harap Malaysia, khususnya Perdana Menteri (Najib) dapat memainkan peranan kepemimpinan dalam dunia Islam. Kita mempunyai wibawa berbuat demikian kerana Malaysia adalah negara Islam yang mengamalkan cara hidup sederhana, demokratik dan maju.

“Malaysia adalah cerita kejayaan amalan kesederhanaan. Cerita ini wajar dikongsi di seluruh dunia Islam,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Justeru, Saifuddin menegaskan GMM akan meneruskan intipati ucapan Najib itu dengan meningkatkan diplomasi rakyat-kepada-rakyat dalam kalangan dunia Islam supaya kesederhanaan global menjadi gaya hidup dalam setiap bidang kehidupan.

Beliau seterusnya berkata, ucapan Najib itu juga penting kerana PBB sedang memilih negara-negara yang menduduki kerusi tidak tetap Majlis Keselamatan untuk tahun 2015 dan Malaysia antara negara yang menawarkan diri.

Perdana Menteri pada ucapannya mengumumkan inisiatif Gerakan Kesederhanaan Global yang kini selepas tiga tahun telah diterima oleh masyarakat antarabangsa sebagai gerakan untuk memerangi ekstremisme.

Dalam menghadapi cabaran dunia Islam sekarang dalam konteks pendekatan kesederhanaan, Najib mencadangkan dua langkah iaitu menggunakan suara majoriti umat Islam dan menyelesaikan semua masalah politik bermula dengan Syria.

Menurut Najib, wasatiyyah atau kesederhanaan adalah salah satu alat paling berkuasa untuk menghalang ekstremisme yang menggunakan agama Islam sebagai alasan untuk melakukan keganasan.

0 comments:

Post a Comment