Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, September 29, 2013

No Comment

Salah seorang ahli kumpulan Jambu, Yus mendedahkan dia bakal mengakhiri zaman bujangnya dengan seorang wanita berusia 33 tahun yang bekerja sebagai setiausaha dan model sambilan.

Memetik kenyataannya di Gua, Yus berkata, “di usia begini, paras rupa tidak memainkan peranan utama, sebaliknya saya lebih mementingkan perangainya. Ini kerana saya inginkan seseorang yang memahami kerjaya serta diri saya. Kerjayanya sebagai model sambilan juga sedikit sebanyak membantu dia untuk memahami kerjaya saya”.

Dalam perkembangan seni, kumpulan Jambu bakal digandingkan sebagai pengacara bagi rancangan Lat-Tali-Lat yang dibuat bagi mengimbas kembali nostalgia permainan tradisional dengan kerjasama Antabax dan Astro.

Jambu juga mengakui keserasian yang terdapat di antara mereka menjadikan kedua-duanya serasi apabila digandingkan bersama.

“Kami mengakui serasi bersama sebagai pelawak dan lebih selesa menerima tawaran yang menggandingkan kami berdua. Peluang yang diberikan oleh pihak Astro dan Antabax adalah satu bonus kerana program ini merupakan program kedua yang menggandingkan kami sebagai pengacara,” kata Yus mewakili Tauke.

Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment