Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 30, 2013

No Comment


Ketua Wanita UMNO Shah Alam, Radziah Ahmad berjanji akan terus memberikan khidmat yang terbaik bukan sahaja kepada ahli-ahli parti tetapi masyarakat yang memerlukan perhatian.

Pada beliau, jawatan yang dipegang kini adalah amanah dari Allah SWT dan akan kekal hanya jika rakan-rakan dan masyarakat gembira dengan cara kerja beliau.

Justeru beliau mahu memastikan perjuangan untuk agama, bangsa dan negara dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan bukan sekadar retorik.

Menurut Radziah, beliau secara peribadi berpuas hati kerana telah memberikan perkhidmatan termampu sepanjang lima tahun berada di barisan hadapan.

Antaranya mendekati masyarakat dan melakukan banyak kerja-kerja kebajikan seperti membantu peniaga, mewujudkan tabung bencana dan memastikan perkhidmatan berterusan untuk rakyat mewakili parti.

Walau pun Shah Alam berada di tangan pihak pembangkang, sedikit sebanyak beliau berasakan usahanya telah membantu mengembalikan undi Melayu di ibu negeri Selangor itu.

Meskipun bakal dicabar pada pemilihan 12 Oktober ini, Radziah menganggap segala keputusan kelak adalah yang terbaik untuk parti.

“Bagi saya kalah atau menang bukan petanda orang tak nak tapi mungkin ada yang lebih baik,” katanya tenang ketika ditemubual Mynewshub di Shah Alam, petang tadi.

Radziah berkata, beliau mempunyai barisan gerak kerja yang sudah dirangka sekiranya menang dan berazam untuk memberikan khidmat lebih baik jika terus terpilih.

Namun jika keputusan sebaliknya, beliau menganggap ia mempunyai hikmah lain seperti petanda bahawa sudah tiba masa untuk berehat bersama keluarga.

Apa pun, beliau terus berdoa kepada Allah SWT agar perjuangan beliau terus mendapat perhatian dan disukai para ahli parti.

Bagi beliau, perjuangan adalah satu perjalanan yang akhirnya akan dinilai oleh pihak lain sama ada ia berkesan atau tidak, namun yang pasti beliau akan berusaha sebaik mungkin.


Foto/Video: RIZA RAZAK

0 comments:

Post a Comment