Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 30, 2013

No Comment

KUALA TERENGGANU – Calon Naib Ketua Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar dilaporkan rebah ketika mengikuti program Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal di Kuala Terengganu, di sini malam tadi.

Beliau yang bertugas sebagai Pegawai Khas Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah telah dibawa ke Hospital Sultanah Zahirah untuk mendapatkan rawatan.

Mempunyai jadual tugas yang padat tidak menghalang Pengerusi Biro Kebudayaan & Kesenian Pemuda UMNO Malaysia merangkap Exco Pemuda UMNO Malaysia itu untuk melawat anak kembarnya yang baru dilahirkan di Sabah.

MyNewsHub cuba menghubungi beliau namun gagal.

Bagaimanapun, Timbalan Pengerusi Biro Kebudayaan & Kesenian Pemuda UMNO Malaysia merangkap calon Exco Pemuda UMNO Malaysia, Zed Zaidi berkata, Jamawi berada dalam keadaan stabil.

“Dia berada dalam keadaan stabil. Cuma sekarang ini doktor mintak dia banyakkan berehat.

“Setahu saya dia dari Sabah, kemudian dia hadir program bersama YB Khairy Jamaludin di Johor kemudian terus ke Terengganu, program bersama Datuk Seri Shafie Apdal,” jelas Zed.

Beliau yang baru menimang cahaya mata kembar dilaporkan berulang alik ke Sabah pada masa yang sama perlu memenuhi jadual yang padat sepanjang kempen Pemilihan Agung UMNO 2013.

Selaku calon Naib Ketua Pemuda UMNO, Jamawi dilihat bakal ditentang oleh Lokman Noor Adam, Mohamad Iruan Zulkefli dan Khairul Azwan Harun.

Oleh: HARITS ASYRAF

0 comments:

Post a Comment