Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, April 29, 2014

No Comment

KUALA TERENGGANU – Pasukan Lumba Basikal Profesional Terengganu (TSG) dijangka mendapat khidmat jurulatih baharu bagi menggantikan jurulatih dari England Julian Winn.

Pengurus TSG Fazin Saad berkata Winn telah kembali ke England pada 9 Mac lalu, selepas berakhirnya kejohanan lumba basikal berprestij, Le Tour de Langkawi (LTdL) di Kuala Terengganu.

“Dia bersama kita lebih kurang seminggu semasa LTdL, lepas itu dia balik ke England dengan alasan dia tidak berminat tinggal di Kuala Terengganu,” katanya kepada Bernama.

Katanya menurut Winn dia masih berminat untuk melatih pasukan TSG tetapi dengan syarat mereka berlatih di Australia.

Beliau berkata pihak pengurusan tidak dapat menunaikan kehendak Winn dan sebab itu mereka telah mengambil usaha mencari jurulatih baharu untuk mengisi kekosongan itu.

Menurut Fazin setakat ini tiga orang jurulatih masing-masing dari Belanda, Belgium dan Slovania dalam perhatian TSG dan keputusan muktamad akan dibuat dalam masa terdekat.

Dalam perkembangan lain, TSG akan menghantar pasukan untuk menyertai kejohanan Tour of Sangkara, di Medan Indonesia dan Tour of Korea, di Seoul, Jun ini.

Menurut beliau Tour of Sangkara akan berlangsung dari 3 hingga 12 Jun sementara Tour of Korea berlangsung dari 8 hingga 15 Jun.

Fazin berkata bagi setiap kejohanan itu TSG akan menghantar enam pelumba dan setakat ini pelumba-pelumba berkenaan masih belum ditentukan.

Dalam pada itu, beliau berkata tiga pelumba TSG iaitu Mohd Shahrul Mat Amin, Mohd Saiful Anuar Aziz dan Nur Amirul Fakharuddin Marzuki dipilih
mewakili pasukan kebangsaan dalam kejohanan berbasikal Asia (ACC) di Kazakhstan bulan depan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment