Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, April 30, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Sebanyak 14 badan bukan kerajaan (NGO) menyatakan pendirian membantah rancangan PAS mahu melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan.

NGO terbabit dalam satu kenyataan media mendakwa, pelaksanaan undang-undang hudud akan menimbulkan tanggapan berlaku penindasan terhadap kebebasan beragama di negara ini.

“Ia akan turut menimbulkan keraguan orang ramai tentang keadilan perundangan negara ini. Negara perlu mengekalkan kepelbagaian agama dan asas perundangannya.

“Kami tidak dapat menerima undang-undang hudud hanya ke atas umat Islam kerana itu lebih merumitkan keadaaan terutama jika sesuatu kes melibatkan kedua-dua muslim dan bukan muslim,” dakwa kenyataan itu hari ini.

Sehubungan itu, NGO berkenaan menggesa DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendesak PAS tidak meneruskan usaha membentangkan rancangan itu di Parlimen.

NGO terbabit turut meminta parti MCA dan Gerakan memaklumkan kepada kerajaan Pusat bahawa rancangan PAS tersebut tidak dipersetujui majoriti rakyat.

Seramai 14 NOG tersebut adalah seperti berikut:

Young Buddhist Association of Malaysia

Malaysian Buddhist Consultative Council

Pertubuhan Gerakan Belia Bersatu Malaysia

Malaysia Graduates Youth Association

Malaysia Christian Youth Association

Persatuan Belia Xiang Lian Malaysia

Young Malaysians Movement

The Kuala Lumpur And Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) Youth Section

Buddhist Missionary Society Malaysia

Vajrayana Buddhist Council Malaysia

Theravada Buddhist Council of Malaysia

Fo Guang Shan Malaysia

Sasana Abhiwurdhi Wardhana Society

Persatuan Penganut Agama Buddha Fo Guang Malaysia – SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment