Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, April 30, 2014

No Comment

KANGAR – Dewan Undangan Negeri Perlis (DUN) hari ini diberitahu kerajaan negeri akan berpegang kepada keputusan kerajaan pusat berhubung pelaksanaan hukum hudud.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama dan Pembangunan Sumber Manusia, Khairi Hassan, berkata kerajaan negeri perlu melihat dahulu hasil kajian Jawatankuasa Teknikal Hukum Hudud yang ditubuhkan Kerajaan Pusat.

“Jika positif kita ikut,” katanya menjawab soalan tambahan Mohd Shukri Ramli (PAS-Sanglang) yang mahu tahu bila Perlis bercadang melaksanakan undang-undang hudud.

Khairi berkata, pelaksanaan hukum itu memerlukan penelitian terperinci bagi menjamin wujud masyarakat Muslim yang baik, bertaqwa dan benar-benar memahami tuntutan syarak supaya tidak membawa kepada fitnah terhadap keadilan hukum itu sendiri.

Menteri Besar, Azlan Man, kemudian turut bangun mencelah dengan berkata: “Undang-Undang hudud memerlukan pemahaman dan mekanisme yang betul supaya pelaksanaannya kelak tidak menjadi bahan hinaan. Sebagai orang Islam kita menyokong hudud.”

Mengenai zakat, Khairi berkata hanya orang Islam termasuk mualaf sahaja layak menerima zakat daripada Baitulmal atau Jabatan Zakat Negeri dan tidak diwajibkan diberi kepada orang bukan Islam.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Chan Ming Kai (PKR-Indra Kayangan) yang ingin tahu adakah asnaf bukan Islam layak menerima zakat.

Kepada soalan lain Chan adakah Baitulmal Perlis bersedia membantu golongan fakir miskin daripada kalangan bukan Islam, beliau berkata golongan bukan Islam tidak pernah disisihkan daripada mendapat bantuan yang disalurkan pelbagai agensi kerajaan antaranya Jabatan Kebajikan Masyarakat. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment