Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, April 29, 2014

No Comment

PUTRAJAYA – Pemantauan suhu badan ke atas mereka yang memasuki negara ini menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) akan diteruskan bagi mengesan Sindrom Pernafasan Asia Barat-Virus Korona (MERS-CoV).

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata mereka yang didapati mempunyai suhu badan yang tinggi akan dihantar untuk pemeriksaan bagi membolehkan langkah intervensi dapat diambil.

“Situasi dalam negara kini adalah terkawal di mana tiada kes baharu dikesan selepas tempoh pengawasan kesihatan berakhir,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sidang kemuncak penjagaan kesihatan kebangsaan di sini hari  ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah semalam mengumumkan tiada kes baharu dan tiada kluster jangkitan dilaporkan di seluruh negara menjadikan jumlah kumulatif kes kekal dengan satu kematian.

Kematian akibat MERS-CoV yang pertama di negara ini melibatkan seorang lelaki berusia 54 tahun dari Batu Pahat, Johor, yang meninggal dunia di Hospital Sultanah Nora Ismail, 10 hari selepas mangsa kembali daripada mengerjakan umrah pada 29 Mac lalu.

Sementara itu Dr Subramaniam berkata kementerian menyasar untuk menurunkan kadar masalah atau insiden yang berlaku ketika merawat pesakit di hospital secara berperingkat sehingga mencapai matlamat tiada lagi perkara seumpama itu berlaku.

Beliau berkata masalah tersebut termasuk pemberian ubat yang salah atau tersalah dos, nasihat pengambilan ubat yang tidak lengkap yang dilaporkan sebanyak 1,855 kes pada tahun 2012 serta kes terjatuh di hospital yang merekod 991 kes pada tahun yang sama. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment