Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, April 30, 2014

No Comment

Twitter akhirnya menggunakan halaman profil mereka yang baharu, beberapa minggu lepas.

Menerusi halaman yang baharu ini, gambar header serta profil pengguna bersaiz lebih besar.

Pengguna juga boleh memilih untuk pin Tweet yang digemari sekaligus memberi pilihan buat mana-mana jenama yang mahu pin sesuatu tweet berkenaan promosi terbaru dari mereka.

Paparan khusus untuk foto, video dan tab Following/Followers turut tampak lebih menarik. Sekiranya sesuatu tweet mempunyai banyak Retweet atau Favorite, saiz tulisan tersebut akan sedikit besar untuk menampilkan ia berbanding tweet yang mungkin tidak mendapat perhatian seperti gambar di bawah.

Selain itu, paparan profile twitter yang baru kelihatan lebih menarik dan kemas dengan imej cover lebih besar dan rekabentuk tiga lajur, menjadikan paparannya kelihatan hampir sama seperti facebook dan google+.

0 comments:

Post a Comment