Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, April 29, 2014

No Comment

KUANTAN – Bekas pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Pahang hari ini dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan menerima rasuah dan mengemukakan invois palsu kepada majikannya pada 2011.

Mohd Sukarno Abdul Wahab, 56, didakwa menerima wang RM7,000 daripada Sulaiman Ismail sebagai dorongan untuk meluluskan sebut harga pembekalan pakaian dan kostum kepada JKKN Pahang yang dibuat syarikat Gandik Emas Enterprise dan untuk meluluskan pesanan kerajaan kepada syarikat tersebut pada 10 Januari 2011.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Sekyen 24(1) akta yang sama.

Bagi pertuduhan kedua, Mohd Sukarno didakwa mengemukakan satu dokumen pesanan kerajaan bertarikh 25 Ogos 2011 berjumlah RM3,500 dan satu invois atas nama Syarikat Azizi bin Mohammad berjumlah RM3,500 kepada JKKN Pahang yang mengandungi butiran palsu perkhidmatan penyediaan peralatan sistem dan kru teknikal untuk latihan sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2011 di Padang MPK1.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh pada 7 September 2011 di JKKN Pahang di sini.

Ahmad Shah Jaafar, 35, pula dituduh bersubahat dengan Mohd Sukarno mengemukakan dokumen pesanan dan invois dengan butiran palsu yang pembekalannya tidak dilaksanakan itu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh pada 7 September 2011 di JKKN Pahang, di sini.

Sementara itu, isteri Mohd Sukarno, Asiah Hashim, 48, didakwa memperoleh wang RM7,000 daripada Sulaiman Ismail sebagai dorongan untuk Mohd Sukarno meluluskan sebut harga pembekalan pakaian dan kostum kepada JKKN Pahang yang dibuat oleh Syarikat Gandik Emas Enterprise di hadapan kedai perabot Rozel, Jalan Beserah di sini pada 10 Januari 2011, pada jam 3 petang.

Azizi Mohammad, 49, pula didakwa memberikan kepada Mohd Sukarno satu invois atas nama Syarikat Azizi bin Mohammad berjumlah RM3,500 yang mengandungi butiran palsu yang sama.

Semua pertuduhan di bawah Akta SPRM 2009 itu memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Semua tertuduh bagaimanapun tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan terhadap mereka.

Hakim Nik Nasimah Nik Mohammad mengarahkan Mohd Sukarno dikenakan ikat jamin RM13,000 bagi dua pertuduhan, Asiah sebanyak RM6,000, Ahmad Shah dan Azizi masing-masing RM4,000, oleh seorang penjamin.

Beliau kemudian menetapkan 6 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kesemua kes.

Mohd Sukarno dan Asiah diwakili peguam Melissa Sukri, Azizi diwakili Noor Adilah Zaharian dan Mohd Shah tidak diwakili peguam, manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Shafinaz Shabudin. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment