Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, April 30, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa MCA cuma berlakon apabila menyatakan hasrat parti tersebut mahu menghalang PAS daripada mengemukakan rancangan hudud di Kelantan di Parlimen.

Beliau mendakwa, pengumuman MCA itu cuma satu kepura-puraan terbesar oleh parti itu sepanjang 65 tahun kewujudan parti itu di negara ini.

“Rakyat Malaysia sedang menyaksikan kepura-puraan terbesar MCA sepanjang 65 tahun sejarahnya, Parti itu mengancam untuk mengumpul ribuan orang dan mengepung Parlimen bagi menentang hudud,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Kit Siang mendakwa, kepura-puraan seperti itu yang menyebabkan MCA ditolak oleh pengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada Mei lalu.

Media pada 29 April lalu melaporkan Gerakan dan MCA menentang keras usaha PAS mahu membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat, Jun ini bagi
melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

MCA mendakwa menolak hudud PAS kerana ia akan mewujudkan suasana tidak harmoni dalam kalangan masyarakat.

“Bukan bermakna kita menentang Islam tetapi perkara ini perlu kata sepakat oleh semua pihak jika mahu dilaksanakan,” katanya. – SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment