Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, April 30, 2014

No Comment

Oklahoma – Seorang lelaki yang dihukum mati dengan suntikan maut kerana membunuh seorang remaja berusia 19 tahun, akhirnya meninggal dunia akibat serangan jantung, selepas bahan kimia yang digunakan ketika menyuntiknya gagal berfungsi.

Ia juga menyebabkan pelaksanaan hukuman mati ke atas Clayton Lockett itu diterpaksa ditangguhkan 20 minit akibat kegagalan ubat berkenaan berfungsi .

Ia adalah kali pertama Oklahoma menggunakan ubat berkenaan bagi tujuan suntikan maut.

Menurut pihak berkuasa, Lockett telah menggeletar selama 13 minit selepas disuntik dengan ubat tersebut.

Ketika suntikan pertama dilakukan pada 6.23 petang, doktor mengisytihar Lockett sudah tidak sedarkan diri , namun tiga minit kemudian, dia mula sesak nafas.

Tiga minit selepas itu, doktor telah membuka kain yang digunakan untuk menutup Lockett manakala salah seorang daripada pasukan keselamatan membuat panggilan telefon bagi menangguhkan hukuman berkenaan.

Dia akhirnya meninggal dunia akibat serangan jantung pada 7.06 malam.

Pihak berkuasa memaklumkan keadaan itu berlaku kerana bahan kimia dalam ubat tersebut tidak memasuki saraf Lockett.

Selepas kegagalan hukuman berkenaan, Governor Mary Fallin mengarahkan kajian semula prosedur hukuman mati dilakukan.

“Saya meminta Jabatan Keselamatan mengendalikan kajian penuh terhadap pelaksanaan prosedur hukuman bagi menentukan apa yang berlaku ketika pelaksanaannya dilakukan ke atas Lockett,’ katanya.

Lockett, 38, disabitkan dengan kesalahan menembak mati Stephanie Neiman, 19, dengan senapang patah.

Mayat Neiman kemudiannya ditanam di satu kawasan pada 1999.

Mereka membunuh Neiman selepas remaja itu tiba di rumah yang mereka rompak.

0 comments:

Post a Comment