Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, April 29, 2014

No Comment

SEORANG anggota polis di Knox County, Tennessee dipecat selepas gambarnya mencekik seorang pelajar universiti sehingga hampir pengsan tersebar.

Frank Philips, 47, ditamatkan perkhidmatannya dengan alasan ‘tidak sesuai untuk meneruskan perkhidmatan’ selepas dia bertindak mencekik Jarod Dotson, 21, yang ditahan kerana menghadiri parti liar.

Kira-kira 800 orang pelajar Universiti Tennessee sedang berhibur sempena tamat minggu peperiksaan akhir dalam kejadian Sabtu lalu.

Menurut jurugambar bebas yang merakamkan gambar itu, John Messner, sebelum itu, beberapa pelajar dilihat melemparkan botol minuman keras ke arah pihak polis.

Dotson adalah antara yang ditahan dan digari oleh dua anggota polis, namun tidak melawan.

Philips yang datang ke arahnya kemudian mencekik pelajar itu sehingga dia jatuh melutut dan tidak sedarkan diri.

Messner berkata, Philips kemudiannya menampar kepala Dotson beberapa kali sebelum meninggalkannya.



Oleh: Elza / SiakapKeli.com

(Sumber: Daily Mail)

0 comments:

Post a Comment